SEMPENA Hari Guru, INTI International University dan juga kolej-kolejnya (INTI) menghantar sebanyak 40,000 kuntum mawar merah dan nota Terima Kasih kepada guru-guru sekolah menengah seluruh Malaysia sebagai tanda penghargaan terhadap segala sumbangan mereka.
Inisiatif tersebut dijayakan oleh INTI untuk menghargai para guru yang berdedikasi dalam mendidik serta memberi inspirasi kepada para pemimpin masa hadapan.
Ia merupakan kali pertama INTI menganjurkan acara sebegitu besar bagi tujuan meraikan sambutan Hari Guru.
Ramai guru yang terkejut dengan pemberian tersebut dan gembira kerana segala usaha serta dedikasi mereka mendapat pengiktirafan.
Selain itu, INTI turut menganjurkan konvensyen khas untuk guru di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.
Konvensyen ini dianjurkan untuk para guru di seluruh Malaysia agar mereka dapat berkumpul dan menimba ilmu pengetahuan tentang kaedah-kaedah baru mengajar dan belajar.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03- 56232800 atau layari laman rasmi www.newinti.edu.my.
Utusan Malaysia Online: 21 Mei 2012
Senin, 21 Mei 2012
INTI hantar mawar merah kepada 40,000 guru
Related Posts:
Guru berinovasi adalah guru berkualiti dalam era globalisasi - MuhyiddinKUALA KANGSAR 16 Mei - Guru berinovasi merupakan guru yang berkualiti dalam menempuh era globalisasi yang semakin diwarnai oleh ekonomi berteraskan … Read More
Selamat Hari Guru - Terima kasih cikguOleh Tan Sri Alimuddin Mohd DomMARI kita hentikan sebentar isu Bersih 3.0 atau kemelut politik yang sedang rancak sekarang ini menjelang Pilihan Raya… Read More
Terima kasih Kuala KangsarOleh WAHID HASHIMpendidikan@utusan.com.my Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran, Rosnani Mohamed Ali menyerahkan cakera padat … Read More
Festival Hari Guru disambut meriahOleh HASHIM P. MAMATutusanperak@utusan.com.my ZAMBRY Abd. Kadir (enam dari kanan) dan Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin (lima dari kanan) bersama pela… Read More
INTI hantar mawar merah kepada 40,000 guruSEMPENA Hari Guru, INTI International University dan juga kolej-kolejnya (INTI) menghantar sebanyak 40,000 kuntum mawar merah dan nota Terima Kasih … Read More
0 komentar:
Posting Komentar