SEREMBAN, 4 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi meminta guru dalam sistem pendidikan Islam mencari kaedah pembelajaran yang dapat menyeimbangkan pembangunan rohani pelajar dengan keperluan modal insan.
Ini kerana kata beliau, masyarakat kini mengukur keberkesanan sistem pendidikan Islam berdasarkan kebolehpasaran pelajar dan mengabaikan aspek jati diri.
Pelajar perlu dibekal dengan sebanyak mungkin ilmu bagi menghadapi dunia hari ini yang mendedahkan mereka kepada pelbagai gejala tidak bermoral, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012, di sini Rabu.
Beliau berharap perkara itu dapat diteliti pada seminar berkenaan untuk dibawa kepada Jawatankuasa Kajian Semula Pendidikan yang merangka pelan tindakan Transformasi Pendidikan Negara.
Seminar bertema "Memperkasa Pendidikan Islam ke Arah Merealisasikan Kegemilangan Ummah Abad ke-21" itu bertujuan membincangkan isu-isu semasa dan menyebarkan hasil kajian tentang pelaksanaan kurikulum pendidikan Islam.
Seminar tiga hari bermula semalam itu disertai 200 peserta yang terdiri daripada guru dan tenaga pengajar dari institut pendidikan guru seluruh negara.
BERNAMA: 4 Julai 2012
Rabu, 04 Juli 2012
Home »
Kurikulum
,
pengajaran dan pembelajaran
» Guru Sistem Pendidikan Islam Diminta Seimbangkan Keperluan Rohaniah Pelajar
Guru Sistem Pendidikan Islam Diminta Seimbangkan Keperluan Rohaniah Pelajar
Related Posts:
Guru Sistem Pendidikan Islam Diminta Seimbangkan Keperluan Rohaniah PelajarSEREMBAN, 4 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi meminta guru dalam sistem pendidikan Islam mencari kaedah pembelajar… Read More
Sekolah Seni ketiga di Kuala LumpurOleh Mohd Feroz Abu Bakarferoz@bharian.com.my2012/05/01Pengambilan pertama 100 lulus UPSR 2012 KEMENTRIAN Pelajaran akan menubuhkan satu lagi sekola… Read More
0 komentar:
Posting Komentar